Apakah Ukuran Sebenar Di Antara Tali PE dan LBS Pada Tali Utama?

Terdapat pelbagai pendapat mengenai tali PE dan Lbs akan tetapi sehingga sekarang tiada siapa dapat membuktikannya dengan fakta yang lebih tepat. Semuanya berdasarkan andaian yang dibuat tanpa sebarang bukti kukuh. Tetapi adakah andaian ini salah? Tidak sebenarnya kerana mereka membuat andaian berdasarkan info yang mereka dapat dari internet ataupun dari kawan yang mempunyai serba sedikit ilmu.

PE bermaksud Poly Ethylene dimana tali braided Dyneema atau Spectra diperbuat. Jepun menggunakan sistem pernomboran yang dikenali sebagai “gouw” yang mereka gunakan untuk saiz benang dengan diameter bertahun-tahun yang lalu. Mereka memindahkan sistem saiz yang sama untuk monofilament dan untuk tali braided.

Cara mudah menentukan penilaian PE adalah dengan hanya kali bilangan PE x 10 untuk mendapatkan kekuatan dalam poundage LB. Contohnya: PE5 x 10 = 50lb lebih kurang. Tetapi anda akan sentiasa mempunyai beberapa pembuat tali braided PE5 yang jauh melebihi 50lb. YGK Ultra adalah contoh yang baik di mana ia PE5 = 86lb dan PE8 = 113lb. Tali PE adalah sangat licin  dan ia juga sangat kuat untuk diameter yang halus namun amat mahal untuk dibeli.

Pe-line_chart
Pe-line_chart

Hampir kesemua rod & reel Jepun yang diberi rating tali PE. Perkara yang mengelirukan ialah kedudukan PE adalah diameter tali itu BUKAN kekuatan tali. Jadi rod jigging dengan rating seperti PE3-7 adalah sejajar dengan tali 30 -70lb tali braided yang biasa tetapi tidak sesuai untuk tali poundage 62 – 100lb yang berlainan brand. Langkah berhati-hati perlu diambil apabila membuat matching rod kepada tali PE. Rating PE perlu diambil kire dengan lebih tepat supaya tidak memudaratkan setup yang digunakan. Apa yang perlu anda tahu ialah Rating PE tidak berkaitan langsung dengan kehebatan lifting rod. Ini adalah satu perkara yang sama sekali berbeza.

Pe-line-Chart-sample-2Apabila saya mula memancing menggunakan tali braided saya sentiasa memberi perhatian kepada kekuatan lb itu sebagai titik rujukan. Lagipun lb atau Kg masih panduan yang sangat penting ketika membuat pilihan tali utama. Hari ini lb dan kg masih digunakan secara meluas di pasaran. Jika anda melihat terutamanya untuk produk yang dijual di pasaran US anda akan melihat tali braided dijual mengikut poundage lb dan hampir tiada yang berpandukan diameter. Masalahnya ialah tali diameter mungkin berbeza-beza daripada satu pengeluar dengan pengeluar lain dan satu jenama dengan poundage 10lbs braided yang lebih nipis atau tebal berbanding jenama lain.

Dalam pasaran Jepun mereka menggunakan diameter tali iaitu PE sebagai rujukan dan bukannya poundage lb yang biasa digunakan oleh US. Akan tetapi poundage lb masih digunakan pada pakej dan untuk tujuan pemasaran tetapi semua reel dan rod di nilai dan diukur menurut talian PE.

Contoh: Jika anda mendapat reel USDM anda akan melihat pada spool reel itu tali di rekomen dengan poundage lb (lb/yd) tetapi jika anda mendapat satu reel JDM anda akan melihat maklumat atau rating PE/mt.

Apakah itu PE rating? Di bawah adalah carta yang saya buat dengan berpandukan carta dibuat oleh YGK yang merupakan salah satu jenama dunia yang terkemuka dalam brand braided. Pada dasarnya nombor yang sepadan dengan diameter tertentu yang sepatutnya menjadi standard (beberapa turun naik antara jenama akan sentiasa berlaku). Perkara yang baik adalah jika tali PE 0.8 sama dengan diameter 0.148mm. Bagaimana dengan kekuatannya? Ia bergantung kepada jenama, tetapi kebiasaanya ia dari poundage 12 hingga 14 secara purata.

Pe-line-chart-sample-1
Pe-line-chart-sample-1

Sejujurnya saya tidak kisah PE ataupun lb kerana apa yang penting ialah poundage tali itu sesuai dengan setup yang saya pakai supaya saya dapat kepuasan yang maxima dengan memastikan setup itu “Balance dan Matching”. Yang penting jika menggunakan reel JDM tali PE kebiasaannya dijadikan sebagai ukuran untuk memasukkan berapa panjang tali boleh memenuhi reel itu. Dan untuk pengetahuan anda reel sebenarnya dijual supaya anda dapat memasukkan tali yang sesuai dengan panjang yang sesuai mengikut diameter atau lb yang sesuai. Sebagai contoh: Jika anda mempunyai reel yang boleh dimasukan tali PE 2 sepanjang 200 meter. Jadi tali yang sesuai ialah tali PE 2 sepanjang 200 meter dimana anda akan mengisi reel anda sebagaimana ia disarankan. Ia lebih mudah dan berkesan tanpa pembaziran tali atau memasukkan dengan tali backings.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan bukti kukuh bahawa tiada tali PE yang standard kiraannya dalam lb. Jika anda perhatikan tali PE 0.6 mempunyai kiraan poundage lb yang amat berbeza.

Pe-line-Sample-1
Pe-line-Sample-1
Pe-line-Sample-2
Pe-line-Sample-2
Pe-line-Sample-3
Pe-line-Sample-3
Pe-line-Sample-4
Pe-line-Sample-4
Pe-line-Sample-5
Pe-line-Sample-5
Pe-line-Sample-6
Pe-line-Sample-6
Pe-line-Sample-7
Pe-line-Sample-7
Pe-line-Sample-8
Pe-line-Sample-8

Kesimpulan

Tidak kira tali apa yang anda guna PE mahupun Lb yang penting ialah anda memahami setup yang anda cuba gunakan. Tiada guna jika anda tidak memahami konsep Matching dan Balancing apabila mancing. Tidak guna anda tidak memahami power dan line rating apabila memancing. Elakkan memahami info yang dibuat secara andaian.

Ada yang membuat andaian bahawa tali PE 1 adalah sama dengan 10lbs akan tetapi di mana kebenarannya jika tiada satu standard yang boleh digunakan sebagai panduan? Ia cuma diandaikan sebegitu kerana mudah untuk memberi penerangan kepada mereka yang baru terjebak dalam penggunaan tali PE tetapi jika anda tidak memahaminya maka ia akan memudaratkan setup yang digunakan.

Jadi bolekah tali PE 0.6 dianggap 6lbs? Cuba tanya diri selepas anda baca artikel ini.

Apa yang penting ialah anda memahami konsep pancingan yang ingin anda ceburi. Tali PE kebiasaanya digunakan oleh mereka yang suka dengan jigging tetapi bukan bermaksud ia tidak sesuai digunakan untuk pancingan casting. Tali PE ialah berdasarkan diameter. Lagi halus diameter sesuatu tali PE bukan bermaksud ia mempunyai poundage Lb yang lagi rendah. Ia cuma dijadikan lebih halus kerana kesesuaian untuk sesuatu reel supaya dapat dimasukkan lebih panjang dan mungkin lagi satu sebab ialah untuk memikat ikan yang amat peka pada tali yang kasar.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

ultralight-fishing-concept

Memahami Konsep Ultralight Fishing Untuk Ikan Besar dan Kesesuaian Lokasi Pancingan

Ultralight! Ultralight! Ultralight. Hampir dimana-mana kita dengar ramai yang bercakap mengenai sukan Ultralight tidak kira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*