Apa Itu Matching dan Balancing Dalam Setup Pancingan?

Matching dan Balancing adalah faktor yang amat penting jika anda mengejar kepuasan yang maximum dengan setup yang anda gunakan. Pemilihan setup yang sesuai amat penting untuk menjadikan aktiviti memancing lebih seronok. Jadi apakah itu Matching dan Balancing?

Matching dan Balancing merujuk kepada pemilihan setup yang anda guna iaitu terdiri daripada Rod, Reel dan tali utama. Tidak lupa berat gewang dan leader yang sesuai juga memainkan peranan yang penting untuk pengalaman yang lebih extreme dan kepuasan yang maximum.

Kanicen-Nix-Sailang-Rod-Balancing-Ultralight

Jadi setup bagaimanakah dikatakan Matching dan Balance?

Setup yang Matching dan Balance adalah berdasarkan line poundage pada rod, pemilihan tali utama berdasarkan poundage rod dan juga line recommendation pada reel.

Contoh 1:

Rod: Kanicen Nix – Leebass / Kanicen Nix – Sengat / Kanicen Nix – Sailang
Poundage: 1-6lbs / 2-6lbs
Reel: Kanicen Nix Reel
Tali Utama: 4lbs
Drag: 1.8kg

Jika anda perhatikan contoh diatas adalah matching dan balance kerana pemilihan reel, rod dan tali utama berada dalam lingkungan 1lbs ke 6lbs. Jadi ini adalah matching dan balance.

Contoh 2:

Rod: Trapara
Poundage: 2-4lbs
Reel: Abu Cardinal STX 10
Tali Utama: 6lbs
Drag: 3kg (contoh)

Jika anda perhatikan contoh diatas adalah TIDAK matching dan balance kerana pemilihan reel dan rod adalah tidak sesuai dengan tali utama iaitu 6lbs kerana rod berada dalam lingkungan 2lbs ke 4lbs. Jadi ini akan memudaratkan rod anda yang mungkin boleh mematahkan rod. Banyak pemancing ultralight membuat kesilapan kecil ini yang boleh merugikan dikemudian hari apabila rod patah tanpa sebab yang boleh difahami oleh pemancing tersebut.

Contoh 3:

Rod: Nemesis 2
Poundage: 2-6lbs
Reel: Penn Battle 3000
Tali Utama: 20lbs
Drag: 6kg (contoh)

Adakah setup diatas Matching dan Balance? Jika anda menjawap TIDAK maka anda sudah mula memahami apa itu Matching dan Balancing.

Paling mudah untuk membuat pemilihan reel ialah berdasarkan drag dalam KG. Carilah reel yang mempunyai drag tidak melebihi 3kg kerana maxima untuk game ultralight ialah 6lbs dan 3kg adalah yang paling hampir. Namun, ini harus disesuaikan dengan poundage tali yang anda guna contohnya jika anda menggunakan tali 2lb dimana ia hanya 0.9kg maka reel yang lebih sesuai harus digunakan jika ikut pada logiknya. Namun disebabkan sukarnya untuk mendapatkan reel yang lebih ideal untuk setiap game berdasarkan setup jadi kita cuba sehabis baik mengikut budget dan kesesuaian. Apa yang penting maxima 6lbs adalah syarat utama.

Setiap rod dan reel yang dibuat, pengeluar akan memberi cadangan line test / line poundage yang sesuai untuk reel ataupun rod tersebut. Mereka akan memberi informasi yang sesuai supaya kita tidak melangkau jauh dari spesifikasi yang diberi. Tidak salah jika anda membuat keputusan untuk tidak mengikutinya namun itukah tujuan anda memancing? Sekadar mancing atau anda mencari kepuasan yang maxima?

reel-rod-not-matching
reel-rod-not-matching

Segalanya harus bermula dengan pemilihan rod, reel dan tali yang sesuai dengan target ikan. Jika anda memburu Peacock Bass maka anda boleh menggunakan Trout rod untuk aksi yang lebih menarik dan Bass rod untuk memburu Peacock Bass yang berada dikawasan yang lebih mencabar seperti samai dan bereba. Size reel yang sesuai juga memainkan peranan dalam memadankan setup anda. Jika anda hendak casting maka size reel dari 1000 dan kebawah adalah lebih ideal kerana ia ringan, kecil dan memudahkan anda untuk casting. Jika anda memerlukan tali yang banyak maka size reel seperti 2000 mungkin menjadi pilihan. Disini anda perlu balancekan setup yang sesuai supaya ia memenuhi keperluan anda. Kesesuaian ini bukan sahaja pada rod, reel dan tali malah pada gewang yang digunakan. Pastikan anda menggunakan berat gewang yang sesuai dan tidak melepasi had lure weight yang disarankan pada rod. Jika lebih ini akan memudaratkan rod yang berkemungkinan besar rod akan patah.

Adakah leader yang lebih kasar dari tali utama akan memudaratkan setup anda?

Jawapannya tidak kerana tali utama jika ia mengikuti line test / line poundage yang disarankan maka tali utama akan putus dahulu. Leader anda boleh sesuaikan dengan target ikan yang anda cari. Contohnya: Jika anda memburu Toman maka leader kasar seperti 15lb atau 20lb mengikut keyakinan diri anda bleh digunakan. Pada yang berskil tinggi mereka berani menggunakan leader yang halus namun ini bergantung pengalaman dan penyelidikan yang telah mereka lalu bertahun-tahun. Jika anda memburu Tarpon / Bulan maka leader sehalus 2lb, 3lb, 4lb, 6lb atau sebagainya boleh digunakan berdasarkan keyakinan diri anda dan mengikut kesesuaian.

Jika anda mencari kepuasan maka anda berada ditempat yang betul. Jadi mulakan aktiviti memancing anda dengan membetulkan apa yang tidak sesuai kepada yang lebih sesuai untuk memaksimakan kepuasan.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Apakah Ukuran Drag Yang Betul Untuk Reel Bagi Pancingan Ultralight?

Mekanisme drag pada reel direka untuk membolehkan anda menetapkan berapa banyak daya tahan ikan yang …

5 comments

  1. Bos..saya masih tak Graham kenapa setiap kali membuat lontaran casting tak boleh jauh.apa yg kurang pada ilmu saya?

  2. Rod casting saya. Line test 8-16lb lure weight 5-21 gram
    baitcaster saya 0.26mm/180m
    0.28mm/150m
    0.30mm/110m
    jadi..macam mana saya nak set up semua ni dgn tali dan gewang supaya boleh membuat lontaran jauh?
    Terima kasih kalau sudi membantu

    • hi bro,

      Jauh mana tu bro? Berapa jauh yang bro harapkan? Berapa jauh bro baling?

      Apa yg pasti setiap benda kena start dengan asas. Dan pastikan rod, tali dan reel balance dan matching dengan sepatutnya. Jika tidak mmg akan mengalami kesukaran untuk membuat lontaran. Nak guide dalam ni mmg agak sukar sebab saya tidak tahu apa masalahnya dan cara bro casting. Cara terbaik bro masuk youtube carik “how to cast long distance using baitcasing reel”. Arap ni membantu.

      mekasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.