Apa Itu Drag Reel?

Pemilihan drag yg terbaik bergantung kpd ikan, set, situasi dan skil pemancing itu sendiri. Keputusan yg betul menghasilkan tangkapan yg baik.

Tekan Brek!!

Kebanyakan pemancing menganggap drag berfungsi seperti brek kereta. Tekan brek, kereta berhenti; kunci drag, ikan berhenti. Analogi yg agak kurang tepat. Aplikasi rintangan pada spool membawa maksud yg lebih baik kepada fungsi sebenar drag. Drag bukan berfungsi untuk menghentikan larian ikan tetapi lebih kepada memenatkan dan memperlahankan larian ikan sehingga ikan tersebut menyerah dan keletihan.

Sistem drag menggunakan aplikasi geseran antara spool dan material drag bergantung kepada teknologi drag pada sesebuah reel.

Haba terhasil dari geseran washer drag ketika pertarungan berlaku. Sekiranya melibatkan tarikan atau larian dari ikan yg bersaiz besar dan spesis pelari pecut, kepanasan melampau yg berlaku boleh menjadi punca kerosakan pada material washer drag itu sendiri dan mengakibatkan kegagalan kepada washer untuk berfungsi dengan cara yg sepatutnya.

Material washer drag merupakan antara rahsia pengeluar-pengeluar reel yg tidak dijelaskan secara terperinci. Perkembangan teknologi material hari ini menyaksikan drag yg lancar, kalis haba dan air serta kemampuan dan kelasakan yg lebih baik.

apa-itu-drag

PELARASAN DRAG

Pelarasan atau setting drag yg betul dapat memberikan kelebihan kepada pemancing. Pancingan di kawasan perairan terbuka dan ikan yg lasak memerlukan setting yg berbeza dengan pancingan di kawasan berstruktur. Sepertimana setting untuk ikan besar dan kecil juga set ringan atau set berat.

Pancingan di perairan terbuka atau open water, setting drag pada 25% hingga 30% kekuatan tali utama adalah memadai kerana tiada risiko ikan menerjah ke struktur seperti karang, tukun atau tiang jambatan yg boleh memutuskan main line. Jika perlu, tekanan pada spool menggunakan jari boleh dilakukan sebagai drag tambahan sementara untuk mengawal larian ikan. Sekiranya ikan membuat larian atau pecutan secara mengejut, lepaskan tekanan jari dan reel akan kembali kepada setting drag asal.

Bagi set ultra light, setting drag adalah lebih kurang 15% hingga 20% kekuatan main line. Sekira pertarungan berlanjutan, aplikasi tekanan jari sepeti di atas boleh digunakan bg mengelakkan kehabisan tali pada spool.

Sekiranya memancing di kawasan yg berstruktur dan mempunya risiko sangkut dan main line putus akibat geseran, setting drag yg sesuai adalah antara 30% hingga 40% kekuatan main line.

Situasi ekstrem kadang kala memerlukan setting drag sehingga 50% kekuatan main line bagi menghalang ikan dari memasuki reba, tiang berteritip, kapal karam dan sebagainya yg mempunyai risiko tinggi untuk memutuskan tali.

TEKNIK PELARASAN DRAG

Cara terbaik untuk mendapatkan setting yg tepat adalah dengan menggunakan hand scale atau penimbang.

Main line ditarik terus dari reel menggunakan penimbang. Jika reel telah dipasang pada joran, hujung joran perlu selari dengan penimbang atau joran dalam keaadan tegak samada mendatar atau menegak semasa setting drag menggunakan penimbang dilakukan.

Cincin joran turut menghasilkan geseran dan boleh bertindak sebagai rintangan atau drag tambahan. Pemancing disarankan untuk menyemak semula setting drag dengan menarik penimbang dengan joran dalam sudut 45 darjah untuk mengetahui tekanan sebenar yg mampu ditampung oleh set yg telah dilaraskan.

Gabungan antara drag setting pada reel dan geseran line pada cincin joran pada sudut 45 darjah boleh memberikan kemampuan yg melebihi had kekuatan sebenar atau breaking limit main line.

Semoga bermanfaat..

Penulisan kembali oleh Nik Mohd Azri Affandi bin Nik Mahmood

Rujukan dan penulisan semula dari artikel What A Drag – The Fisherman Magazine ( www.fishermanplus.com)

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Cara Menetapkan Spool Tension Untuk Baitcasting Reel

Lain pemancing lain cara. Apa yang bakal saya share untuk kawan-kawan adalah perkara biasa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.