Antara Mainline Braided Yang Terbaik Untuk Pancingan Ultralight

Banyak pemancing melalui fasa kesukaran dalam membuat pemilihan mainline / tali utama yang sesuai Ultralight Game (UL game).  Bagi yang suka dengan tali braided mungkin anda telah banyak menggunakan pelbagai jenis brand dan mungkin ada yang menjadi pilihan anda. Pengalaman akan mengajar kita membuat penilaian akan performance sesuatu tali berdasarkan cara penggunaan. Ada yang senang putus, tersimpul, berbulu dan bermacam-macam perkara lain lagi. Jadi di sini saya ingin share kebaikan, keburukan, kesesuaian dan kekuatan beberapa brand mainline yang pernah saya gunakan.

1. Berkley Fireline Fused

Berkley-Fireline-braided-Crystal

KEBAIKAN: Tali yang halus. Senang utk membaling gewang dengan tepat.
KEKUATAN: 9 / 10
KEBURUKAN: Cepat berbulu. Tidak sesuai untuk BC. Sukar untuk mengikat FG KNOT.

2. Berkley Fireline Braid / Tracer Braid 6LB

berkley-fireline-tracer-braid

KEBAIKAN: Antara yang terbaik. Original braid. Tidak bercampur dengan material lain seperti FUSED.
KEKUATAN: 10 / 10
KEBURUKAN: Susah di cari terutama FIRELINE BRAID disebabkan kebanyakkan sekarang semua FUSED. Harga mahal.

3. SUFIX 832 6LB

SUFIX 832

KEBAIKAN: Antara yang terbaik cuma untuk 6lb diameter kasar sedikit. Semua tali SUFIX berdiameter besar sebab itu la kuat.
KEKUATAN: 10 / 10
KEBURUKAN: Sukar sedikit untuk membaling jauh bagi gewang 3g dan ringan. Harga mahal. Diameter kasar.

4. KASTKING SUPER POWER 6Lb

kastking-super-power-braided-line

KEBAIKAN: Antara tali ekonomi yang bagus. Tidak terlampau halus & tidak terlampau kasar.
KEKUATAN: 8 / 10
KEBURUKAN: Cepat berbulu. Color cepat fading / luntur.

5. POWER PRO 5Lb

powerpro_hi_visible-braided-line

KEBAIKAN: Untuk tali Power Pro yang lama adalah terbaik bukan yang baru. Color Vermilion Red. Diameter yang sangat sesuai untuk 5lb.
KEKUATAN: 10 / 10
KEBURUKAN: Cepat berbulu. Senang tersimpul kalau membaling gewang dengan kuat. Sangat sukar untuk di cari jenis yang lama.

6. GT-ZERO AIR BRAID 6LB

GT-Zero-Air-Braided-Line

KEBAIKAN: Favourite mainline saya buat masa ini. Tali yang licin. Boleh membuat lontaran gewang yang  jauh. Diameter yang sangat sesuai bagi 6lb.
KEKUATAN: 10 / 10
KEBURUKAN: Harga mahal

Kesimpulan

Kesemua 6 mainline yang saya review ini adalah antara yang saya pernah guna setakat ini. Bagi kebaikkan dan keburukan yang saya nyatakan adalah dari pengalaman saya sendiri bukan dari orang lain. Mungkin ada yang guna mainline saya sebut tidak bagus tapi bagi kamu ia bagus. Jadi semua ini bergantung pada keselesaan dan kesesuaian pemancing. So, penilaian yang saya buat adalah berdasarkan apa yang saya lalui melalui penggunaan sendiri.

Kemungkinan ada beberapa angler yang tidak pernah guna antara mainline yang saya sebut di atas. Tapi bagi saya, macam mana kita handle ikan tu yang penting dan tempat persekitaran kita memancing. Saya cuma share untuk tujuan memberi panduan secara ikhlas.

Terima kasih 🙂

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Cara membuat line backing yang perfect

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu kaedah membuat line backing pada spinning reel. Antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*