Adakah Ikan Dapat Melihat Tali Pancing? Pentafsiran Dari Penyelidikan dan Kenyataan Yang Dibuat Oleh Pengilang

Amat berbesar hati apabila dihubungi oleh Fix.com berkenaan dengan artikel yang ada di dalam blog ultralightanglers.com dan dapat bekerjasama untuk kebaikan semua pemancing.

Dalam artikel kali ini saya akan lebih bercerita berdasarkan pendapat sendiri berkenaan tajuk artikel. Namun info ini juga di gabungkan dengan info yang diperolehi dari Fix.com dan diolahkan dengan lebih sesuai untuk tujuan memudahkan pemancing lain untuk memahaminya. Olahan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman on-field sendiri.

Apa yang pasti setiap kali kita melangkah ke kedai pancing kita sentiasa mempunyai pelbagai pilihan tali yang sesuai di hati atau berdasarkan apa yang di rekomenkan oleh rakan-rakan. Tidak kira tali utama, fluorocarbon atau pun tali mono terdapat pelbagai jenis brand yang ada boleh membuatkan kita pening dalam membuat pilihan. Beberapa soalan yang lazim ditanya ialah “kuatkah tali ini”, “tahan lasakkah tali ini” dan bagi yang lebih peka “ikan nampakkah tali ini”.

Sebagai pemancing yang serius dalam pembikinan produk/brand sendiri saya telah mencuba hampir segala-gala tali pancing yang ada dan yang boleh diperolehi di market. Dan pengalaman menggunakan kepelbagaian inilah telah mendidik saya memahami hampir setiap dari tali yang digunakan. Di sinilah saya selalu tegaskan dan menasihati rakan-rakan BILA dan DIMANA kita perlu menggunakannya bagi tujuan kesesuaian. Dari mana datangnya semua ini? Ini adalah hasil dari pengalaman sendiri di lapangan dengan niat untuk membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengeluar adalah benar dan juga hasil dari bacaan dan panduan yang boleh didapati oleh pemancing-pemancing yang lebih jauh pengalamannya.

Apa yang pasti terdapat 3 jenis tali yang biasa digunakan oleh pemancing dan setiap satu darinya memberikan pelbagai kelebihan dan juga kekurangan yang boleh digunakan sebagai panduan dan senjata untuk ikan yang dicari.

Tali Fluorocarbon

Sebut sahaja tali fluorcarbon kebanyakan pemancing akan tahu kegunaannya adalah lebih pada “menipu ikan” yang sensitif dengan tali yang boleh dilihat seperti braided. Apa yang pasti tali fluorocarbon memberi banyak lagi kelebihan pada pemancing. Pengeluar mengatakan fluorocarbon ialah tali yang paling tinggi halimunannya berbanding dengan tali-tali lain yang berada di pasaran. Ia mempunyai ciri-ciri pembiasan cahaya yang sama seperti air menjadikannya hampir tidak dilihat. Tali ni sesuai untuk hampir semua jenis air lebih-lebih lagi untuk air yang amat jernih untuk meningkatkan peratus tangkapan ikan. Ia juga membantu untuk memancing ikan yang culas akibat tekanan atau dapat melihat tali yang bersambung dengan gewang.

Tali Fluorocarbon Pink

Manufacturer yang membuat tali flurocarbon merah jambu membuat kenyataan bahawa warna ini adalah antara yang sukar dikesan di dalam air. Adakah ia benar? Pada pandangan saya ia agak kurang tepat jika digunakan di air yang tidak dalam kerana pantulan cahaya membuatkan ia lebih mudah dikesan lebih-lebih lagi pemancing sendiri akan dengan mudahnya nampak inikan pula ikan yang lebih peka.

Namun jika berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Saintis dan oleh penyelam (divers) maka kebenarannya boleh diterima kerana menurut mereka warna pink makin hilang warnanya di kedalaman yang berbeza. Jadi warna pink dapat blend dengan air dan ikan tidak lagi nampak wujudnya tali. Jadi bagi pemancing yang suka memancing dikawasan yang amat dalam seperti laut dalam mungkin anda boleh mencuba dan bagi mereka yang lebih pada casting mungkin ia kurang sesuai.

warna-tali-pancing-berdasarkan-air

Tali Monofilament

Tali mono adalah antara tali yang paling banyak digunakan di pasaran dan paling mudah didapati. Hampir semua kedai menjualnya dengan bermacam-macam warna, size dan panjang. Dan hampir semua tali mono ini mendakwa tahan lasak dan sukar untuk ikan mengesannya. Namun tidak semuanya benar kerana banyak tali yang telah saya buat ujian lapangan masih boleh kelihatan di dalam air. Sebagai pemancing masih boleh nampak ini kan pula ikan. Berikut adalah pecahan warna tali mono yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Tali Monofilament Warna Kuning

Warna tali yang mempunyai tahap penglihatan yang tinggi membolehkan pemancing dapat mengesan kedudukan tali mereka dengan mudah dan dapat mengesan serangan/gigitan dari pemangsa dari atas. Namun kekurangannya adalah lebih nyata kerana ikan kebiasaannya akan menyerang dari bawah. Warna ini adalah sesuai untuk air yang berkeladak/kotor seperti warna teh atau susu.

Ini adalah kekurangan pada pemancing yang ingin melihat tali mereka tetapi jika ikan yang agresif ia tidak menjadi isu kerana pemangsa akan tetap menyerang apabila ia mahu makan atau naluri mengatakan terdapat ancaman. Tali mono kuning terdapat kekurangan namun ada tempat ia amat sesuai digunakan dan akan memanfaatkan kepada pemancing lebih-lebih lagi pada pemancing yang meminati sukan ultralight yang menggunakan tali halus dimana target ikan yang kecil amat sukar sekali untuk merasa gigitanya.

Tali Monofilament Warna Merah

Melalui kajian di dalam air yang dibuat menggunakan objek berwarna merah ia adalah warna yang hilang dari pandangan terlebih dahulu. Jadi tali monofilament merah dikatakan menjadi halimunan di dalam air. Namun, untuk penyelam (divers) mereka berkata merah hilang warnanya tetapi bertukar menjadi hitam dan hitam adalah amat mudah untuk dilihat di atas permukaan air.

Terdapat pelbagai kekeliruan berkenaan dengan warna merah. Manufacturers mengatakan mata kail merah membuatkan lebih banyak ikan menyerang gewang kerana ia lebih nampak seperti darah. Sama juga dengan gewang-gewang yang berada di pasaran dimana “bleed” adalah elemen yang penting untuk gewang. Pengguna gewang yang berasaskan “blood bleed” juga mengatakan lebih tinggi ratio strikenya. Ramai yang tidak percaya bahawa tali merah lebih senang untuk dilihat namun ia adalah pilihan yang ada untuk pemancing jika ingin mencubanya.

Tali Monofilament Warna Hijau

Hijau warna alam semulajadi adalah warna yang dikatakan antara yang bagus untuk blend dengan air kerana majoriti kawasan pancingan kita adalah hijau. Jadi ia lebih pada penyamaran dimana ia membolehkan mengelakkan tali dari dilihat oleh ikan. Ia adalah antara pilihan yang bagus dalam situasi yang berbeza. Warna-warna natural juga selalu menjadi pilihan saya kerana ia sentiasa laku digunakan dimana-mana sahaja termasuk air yang keruh, jernih dan berkeladak. Ini adalah kerana dunia kita dikelilingi dengan kehijauan. Jadi pastikan anda sentiasa menyimpan ia sebagai senjata yang wajib dibawa.

Tali Monofilament Warna Clear

Monofilament warna Clear adalah warna kebiasaan yang digunakan secara majority oleh pemancing. Dan tali mono clear adalah pilihan yang terbaik jika anda bimbang dengan ikan yang boleh melihat dari bawah air. Walaupun ciri-ciri tali fluorocarbon boleh membuatkan ia kurang kelihatan di permukaan air, warna clear jelas berfungsi dengan baik dalam semua keadaan.

Terdapat satu lagi pilihan warna clear di pasaran, dan ia biasanya dipanggil warna clear biru. Tali ini adalah agak halimunan di dalam air tetapi di atas air menjadikan ia lebih mudah untuk dilihat.

warna-tali-pancing-dengan-kedalaman-yang-berbeza

Tali Braided/Sulam

Terdapat ratusan jenis/brand tali braided di pasaran yang bagus dan banyak faedah jika digunakan tetapi tiada satu pun yang mempunyai ciri-ciri halimunan. Tali braided mempunyai kekuatan yang amat baik untuk diameter yang halus, mampu membuat lontaran (casting) yang jauh dan tidak mempunyai memory. Ciri-ciri ini membuatkan tali braided menjadi pilihan yang sangat baik di pelbagai kawasan.

Namun terdapat penyelesaian akan kekurangan tali braided dimana penggunaan leader dengan menggunakan knot seperti FG Knot, Double-Uni Knot, Alberto Knot, FG Knot, Albright Knot, Improved Albright Knot dapat mengabungkan kelebihan masing-masing seperti kekuatan dan halimunan. Personally saya rekomen FG knot walaupun akan mengambil lebih masa berbanding dengan knot-knot lain tetapi ia adalah lebih kuat dari semua ikatan yang lain.

ikatan-knot-leader-dan-tali-braided

Kesimpulan

Terdapat pelbagai kekeliruan yang wujud sekitar pemilihan warna yang berbeza dan jenis tali yang dipilih di dalam air. Walaupun tiada apa yang pasti namun terdapat beberapa kebenaran dimana pemancing harus mencari tali yang baik untuk situasi yang berbeza. Tali fluorocarbon adalah antara tali yang boleh berada di tahap halimunan yang tinggi dan tali braided adalah tali yang paling mudah untuk di lihat oleh ikan. Begitu juga dengan pemilihan warna fluorocarbon dimana ada yang membantu anda melihat serangan / strike ikan di atas tetapi tidak membantu apabila berada di dalam air. Apa pun pilihlah tali yang sesuai untuk situasi masing-masing berdasarkan target dan lokasi pancingan.

Semoga info ini dapat membantu anda untuk lebih memahami berkenaan dengan tali fluorocarbon, pemilihan warna, kedalaman air dan sebagainya.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

asas-rigging-pancingan-bottom

Teknik Asas Rigging Bottom Untuk Kaki Pancing Juga Sesuai Untuk Ultralight Fishing

Tidak kira anda dari jenis pancingan yang mana, apa yang penting kita sebagai pemancing harus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*