Siapakah Kami

Extreme Experience. Maximum Satisfaction. Siapakah kami dan apakah yang membuatkan kami bangun seawal pagi selain dari nasi lemak dan roti canai?

Jawapannya amat mudah iaitu… MEMANCING!

Kita amat bertuah kerana masih dapat peluang untuk menikmati keseronokan memancing di dunia yang moden dan dapat bekerjasama serta dapat berkongsi sukan hobi yang sama.

Salam STRIKE!

Kanicen Nix ialah pengasas brand Kanicen Nix, group Ultralight Anglers, Kanicen.com, blog Ultralight Anglers dan juga individu yang mempopularkan Trend Ultralight di Malaysia dengan bantuan rakan-rakan lain yang sejiwa.

kanicen-nix-ultralight-trend-setter

Kanicen Nix adalah nama sebenar beliau. Beliau adalah seorang sportsman dan suka dengan kehijauan. Memancing adalah untuk keseronokan dan ia adalah “Hobi Saya” kata beliau. Beliau suka akan cabaran yang tidah masuk akal yang bertujuan untuk mencabar diri dan juga kepuasan yang tidak dapat di huraikan dengan kata-kata jika ingin menjadi pemancing yang extreme.

Beliau adalah pemancing ultralight yang tegar dan lebih dikenali sebagai “Ultralight Trend Setter” kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawap mempopularkan sukan ultralight dan telah menjadi pemancing pertama yang mengeluarkan rod ultralight pertama di Malaysia dan juga mengeluarkan produk-produk berkonsepkan utralight fishing. Extreme Experience, Maximum Satisfaction adalah perkara yang ingin dikecapi beliau. Bagi beliau ia bukan hanya mendaratkan ikan tetapi proses yang dipelajari adalah lebih penting. Beliau membawa ajaran “Bukan Brand Yang Harus Diutamakan Tetapi Bagaimana Anda Menggunakan Setup Yang Ada Pada Anda” dalam bahasa lain “Its Not The Brand But How You Use Your Rod”.

Bagi beliau perkara paling penting memancing menggunakan setup ultralight dan ingin menjadi pemancing ultralight yang berilmu, proses yang harus dilalui oleh setiap pemancing adalah penurunan poundage setup yang sekata dan konsisten. Memancing adalah hobi semua orang akan tetapi pancingan Ultralight adalah SENI yang harus di rasai. Jadi pastikan anda seronok menikmati hobi anda.