Idea, Perjalanan, Team Dan Siapa

Ramai yang ingin mengetahui perjalanan Trend Ultralight, group Ultralight Anglers, brand Kanicen Nix dan Siapa Orang Kuat Nya.

Group Ultralight Anglers ini bermula apabila saya bertemu dengan Ahmad Aswadi (lebih dikenali sebagai Wadi) rasa-rasa 7-8 tahun lepas (sekitar tahun 2008/2009) semasa trip bulan pertama. Kami menjadi rapat dan kini menjadi best friend.

orang-kuat-ultralight-anglers-kanicen-nix-dan-wadi

Setiap aktiviti yang kami buat di group atau segala event mancing sehingga kini yang berlandaskan ultralight adalah hasil perbincangan bersama kerana apa yang kami akan cuba buat adalah bertujuan untuk kebaikan semua pemancing.

Pendedahan pertama saya pasal ultralight ini dalam tahun 2005 lepas masa trip ikan tenggiri di Kedah tetapi pada masa itu masih banggang lagi. Terkial-kial mencari ilmu yang betul, teknik yang betul dan tune yang betul. Pada masa itu pengalaman yang saya lalui telah benar-benar membuka mata dan juga hati untuk mencari sesuatu yang lebih extreme.

Saya adalah jenis yang suka mencabar diri untuk kepuasan. Saya suka buat kerja gila dimana orang cakap tidak boleh saya akan buat sampai berjaya dan buktikan ia boleh jika kena pada caranya. Disinilah kepuasan sebenar bagi saya.

Saya suka break mentality orang yang suka cakap tidak boleh tetapi masih follow konsep ultralight yang sama. Pendek kata saya ini amat extreme dan suka buat perkara yang tidak masuk akal untuk membuktikan sesuatu yang impossible menjadi possible. Orang cakap tidak boleh, saya akan buktikan boleh. Itu style saya dan itu cabaran yang saya akan buktikan boleh walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Disebabkan semangat dan cabaran game inilah kami dapat banyak ilmu yang kemudian kami share kat semua peminat sukan ultralight fishing.

Saya lebih bersikap Entrepreneur kerana telah lama berada dalam dunia business IT sebab itu saya menjadi orang yang bertanggungjawap mewujudkan group Ultralight Anglers dan melantik admin-admin lain untuk membantu. Jika anda perhatikan terdapat banyak videos, photos, websites dan bermacam-macam yang bertujuan menjadi media utama dalam meviralkan ideologi kami. Budak programmer la katakan. Idea memang laju jer. Segala exposure ini tujuannya ialah marketing yabg berlandaskan Education. Tujuannya ialah memastikan segala info yang ingin kami share sampai ke pemancing-pemancing lain. Tanpa marketing macam mana orang hendak kenal produk kita bang? Tanpa exposure macam mana kami hendak viralkan ideologi kami?

Bagaimana boleh terjebak dalam group dan setting Trend ini kat Malaysia?

Mudah jer. Saya mengusulkan idea membuat group ultralight anglers ini seawal tahun 2009/2010 (jika tidak silap) dengan berlandaskan konsep 6lbs untuk segala setup. Idea saya disambut dengan baik kerana NIAT kami cuma hendak memberi ilmu. Kami membuat keputusan saya menjadi peneraju kerana partner saya yang dulu lebih bersikap pendiam, kurang mesra alam dan dia sendiri menyatakan ingin duduk di belakang tabir kerana tidak mampu memberi komitmen seperti saya. Pendek kata saya dijadikan “mangsa” untuk segala perkara yang terjadi. Jika anda perasan saya yang menangani segala isu yang ada dan menjadi orang yang bertanggungjawap dalam segala aktiviti di dalam group sehingga berjaya buat penggemar sukan ultralight menerimanya.

Slogan “Ultralight Trend Setter” itu tujuannya adalah branding sahaja. Bagi gempak la katakan. Kami cuma create channel / hub / pusat / source informasi supaya semua orang dapat belajar. Dan jika anda perhatikan semua benda kami buat adalah untuk mewujudkan trend baru. Kami pelbagaikan game dan pelbagaikan konsep supaya semua yang ingin terjebak dalam game ul akan menjiwainya seperti kami.

Kenapa brand Kanicen Nix?

Kenapa tidak?

Ia berlaku secara spontan. Saya ada plan, saya ada idea dan saya bincang dengan partner mengenainya. dan dia cakap “ON”. Wujudlah brand Kanicen Nix. Saya jenis run the show on the front line dan jenis yang sanggup terima segala cacian, fitnahan dan bermacam-macam keburukkan yang lain namun saya tetap bertahan sebab NIAT KAMI HENDAK MENDIDIK dan MENCURAHKAN ILMU sebanyak yang boleh dengan cara yang betul. Kami tidak mampu membuatkan semua orang suka dengan kami namun kami akan berusaha untuk yang memerlukannya.

Banyak lagi plan yang ada dan ini semua akan kami expose supaya ia seiring dengan misi dan hala-tuju ultralight fishing. Ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan dengan penerimaan yang betul. Jika main bantai result nya juga akan berterabur macam rojak. Ilmu entah kemana, hala tuju entah kemana.

Segala jenis lures/soft baits yang saya bawak masuk adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan atas usaha funds sendiri pada mulanya. Sehinggalah ada funder(s) yang masuk untuk membantu memperluaskan variasi produk Kanicen Nix. Pada asalnya kami akan berbincang supaya segala produk yang dibawa masuk sesuai dengan ikan dan perairan kita.

Ramai juga bertanya awak ke pengasas sukan Ultralight ni Kanicen?

Group ultralight anglers sememangnya idea saya dan saya yang create. Masuk Facebook click create group. Settle. Jadi saya createkan?

Bukan sahaja group-group di Facebook malah segala website(s), produk dan perancangan untuk memperkembangkan produk Kanicen Nix adalah usaha saya sendiri kerana saya lebih arif dalam branding, marketing dan business strategy.

Walau apa pun jawapan yang lagi ideal ialah “kalau hendak bercerita pasal pengasas kami semua tidak berani mengaku sebab niat kami cuma hendak share ilmu”. Itu sahaja. Sama-sama mancing. Sama-sama share ilmu. Sama-sama seronok.

Apa yang pasti anda semua harus faham strategi branding amat penting kerana ia akan membantu brand yang sedia untuk menular ke serata tempat dan ini hanya dapat direalisasikan apabila ia berjalan seiring dengan apa yang kami praktikkan. Baru branding tu lebih pro dan lebih konsisten. Sekarang brand Kanicen Nix ini telah menular ke seluruh Malaysia malahan sudah sampai ke Singapore, Brunei, Indonesia, Australia, Ukraine, Thailand, Dubai, Argentina dan Vietnam. Ia juga tidak akan menular tanpa adanya support dari kawan-kawan di Ultralight Anglers. Tanpa usaha ini tidak mungkin kita boleh meletakkan nama Malaysia sebagai “Ultralight Trend Setter” di mata negara-negara luar. Berapa lama kita hendak mengikuti trend orang lain betul tak? Bagi saya kita harus mencuba sesuatu supaya dapat membanggakan negara di arena pancing.

Kenapa tiba-tiba nk create new blog ada yang bertanya?

Senang sahaja. Kita hendak brandingkan blog ini atas satu nama iaitu Ultralight Anglers. Jadi memudahkan semua orang. Lagipon apabila ada domain kita ada full control. Free blog banyak kelemahan dan banyak impact yang kurang bagus jika kita ingin menjadi trend setter. Dengan adanya blog full control kita boleh buat pelbagai benda tanpa batasan. Itu sahaja niatnya  dan ini semua sebagai satu strategi untuk membangunkan ultralight anglers group dan sukan ultralight fishing.

Dan kawan-kawan juga perlu tahu kawan-kawan lain seperti Edi Isa, Cikgu Izhar, Muhd Ridzuwan, Zamisma Abu, Thava Prasanth, Team MK Brigade, Ibnu Rasyid, Mohd Izwan, Newbie Anglers, Wak Jul, Azlan Effendi, Nankairel, Idy Mhmd, Mohd Shah, Mohd Rosdi, Encik Sprinter, Nazaba, Fisher Fango, dan kawan-kawan lain secara tidak langsung telah banyak memberi sumbangan dari pelbagai aspek baik dari segi idea, funds, nasihat, events, moral dan lain-lain. Tanpa mereka-mereka ini tidak mungkin produk Kanicen Nix ini akan berjaya menjadi produk terawal orang Malaysia untuk sukan ultralight. Tanpa mereka-mereka ini tidak mungkin kita rakyat Malaysia mampu berbuat sesuatu. Kami create peluang untuk orang lain, Tuhan akan tunjukkan jalan juga untuk kami. Itu saya percaya 100%. Mereka-mereka ini memberi peluang untuk saya mencari rezeki dan sejujurnya saya sentiasa doakan mereka diberkati dengan kesihatan dan segala kemudahan.

Jadi marilah kita sama-sama tolong menolong. Marilah kita menjadi pemancing yg berbudi bahasa dan mempunyai ilmu yang betul bukan sekadar andaian. Marilah kita sama-sama menjadi pemancing yang ada ajaran agama bukan sekadar bercakap hebat. Jauhilah dari anasir-anasir yang membawa cerita fitnah tanpa bukti dari kedua belah pihak. Marilah kita sama-sama mengharumkan nama negara dan menyokong usaha kami untuk memajukan sukan ultralight fishing ni. Sebabnya mudah. Mancing ini adalah hobi kita semua. Jika ia hobi anda semua maka jabatlah tangan. We Unite as Brotherhood. Buanglah segala niat dan fikiran yang tidak baik itu. Kita maju kedepan sama-sama sebagai satu family.

Jumpa nanti jangan malu-malu tegur sebab kami tidak sombong cuma kami tidak cam muka. Kalo suka cium mulot trus. 😛